Rencana Pembakaran Al Quran 11 September 2010
>> Tuesday, September 14, 2010 –
Daily Talk
Hari Bakar Al Quran Sedunia. Seorang paderi bernama Terry Jones dari Dove World Outreach Center di Florida mengajak seluruh umat Kristen, untuk berparti membakar al Quran sedunia, untuk memperingati 9 tahun tragedi serangan 9/11 WTC. Pastor Terry juga menulis buku berjudul "Islam is of the Devil", dan mengundang seluruh umat Kristen di Amerika untu membendung ancaman Muslim.
Kisah teladan terdahulu, bila Abrahah dengan pasukan tentera bergajahnya mahu menyerang Kaabah, mereka terpaksa berdepan dulu dengan Abdul Mutalib sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah diketika itu. Maka Abdul Mutalib telah memberi amaran keras kepada Raja Abraham, jangan sekali-kali mereka mahu mencuba menggugat Rumah Allah Kaabah itu.
Maka amaran itu telah dilanggar oleh Raja Abrahah, maka akibatnya bala bencana yang mereka terima, itulah seperti sejarahnya apa yang termaktub dalam Surah Al-Fil (Tentera Bergajah) itu. Kesemuanya telah hancur ranap bagaikan debu diserang oleh tentera-tentera Allah berbentuk burung-burung dari langit yaitu Malaikat Ababil.
Apa yang kita boleh cuba menyingkap antara peristiwa di atas adalah Kaabah adalah rumah Allah dan Al Quran itu sendiri kitab suci Allah, perintah Allah sendiri. Bagi sesiapa yang cuba merosak kan dan melenyap harta Allah, maka akan beroleh balasan darinya.
Begitu juga propaganda asal dari penganut kristen ini yang cuba menyemarakan kemarahan umat islam dunia bagi menguji tindak balas dan kecaman dari muslim dunia agar melakukan sesuatu yang luar batasan,iaitu keganasan. Sila jgn masuk perangkap rimau wahai sang kancil.
tapi itu tidak bermakna kita perlu berpeluk tubuh saja. sentivity perlu ada bagi pelihara kesucian agama. protes dan nasihat perlu dikeluarkan tapi jgn sampai melibatkan tindakbalas melampau. sekira pihak terbabit mahu terus kan niatnya, kita serahkan pada Allah. Sesungguhnya, Allah tidak akan sesekali membenarkan sesiapa jua menghancurkan harta nya. Yakin la pada Allah harta kesayangan Allah akan dipeliharanya selain kitadari terus berdoa semoga kitab Allah itu terus terpelihara. Amin.